Siapa sangka, dalam masa empat bulan sahaja, HK Dynamic Garage berjaya melonjakkan purata jualan mereka daripada RM50,000 kepada RM140,000. Pemiliknya, Tuan Fakhrul, telah berjaya mengubah haluan perniagaannya dengan cara yang sangat luar biasa – semuanya selepas beliau memutuskan untuk menambah kemahiran dengan menyertai Program Pembangunan Bengkel JV Auto Lube.


Bagaimana HK Dynamic Garage Mencipta Gelombang Di Terengganu?
HK Dynamic Garage kini dikenali sebagai Pakar Gearbox Kuala Terengganu. Dari hanya menjadi bengkel biasa, kini mereka adalah pakar dalam membaik pulih gearbox di Kuala Terengganu. Tuan Fakhrul menyedari bahawa dunia automotif semakin mencabar, dan untuk kekal relevan di dalam pasaran, beliau perlu memberikan nilai tambah kepada pelanggan yang dicintai. Salah satu langkah paling bijak yang diambil beliau adalah menyertai kursus overhaul gearbox yang dianjurkan oleh JV Auto Lube.


Di Sebelah Kiri : Tuan Fakhrul Hisham, Pemilik HK Dynamic Garage.
Di Sebelah Kanan : Isterinya iaitu Pengurus, yang mesra dipanggil Maksue Aida.
Dengan penglibatan dalam kursus tersebut, Tuan Fakhrul bukan sahaja memperolehi ilmu dan kemahiran teknikal, malah juga pendedahan kepada strategi jualan dan pemasaran yang berkesan untuk menaikkan profil,kemahiran dan khusunya pendapatan bengkelnya.
Apa Yang Membuatkan Kursus Overhaul Gearbox Ini Berbeza?
Tuan Fakhrul berkongsi bahawa kursus ini sangat praktikal dan relevan dengan keperluan industri sekarang. Berikut adalah kelebihan yang diperoleh melalui kursus tersebut:
- Belajar dari Pakar Gearbox – Kursus ini disampaikan oleh pakar dengan pengalaman luas dalam baik pulih gearbox pelbagai jenis seperti CVT, AT, DCVT, DCT, dan DSG.
- Pembelajaran Secara Berhadapan & Praktikal – Peserta kursus diberi peluang untuk mempraktikkan sendiri teknik overhaul gearbox, dengan bimbingan secara langsung.
- Bantuan Teknikal & Diagnosis – Selepas kursus, peserta masih boleh mendapatkan sokongan teknikal mengenai diagnosis dan penyelesaian masalah gearbox.
- Bimbingan Sales & Marketing – Selain aspek teknikal, kursus ini juga merangkumi bimbingan untuk meningkatkan jualan dan strategi pemasaran bagi bengkel mereka.
- Support Jangka Panjang – Peserta terus mendapat sokongan untuk sparepart, alat khas, dan bimbingan membangunkan bengkel.
Kejayaan Tidak Datang Dengan Mudah
Walaupun kursus ini memberikan segala sokongan yang diperlukan, Tuan Fakhrul mengakui bahawa tiada jalan mudah dalam perniagaan. Beliau tekad untuk menggunakan setiap ilmu yang dipelajari untuk memacu bengkelnya ke tahap yang lebih tinggi. Dengan usaha gigih, beliau berjaya mencapai lonjakan yang luar biasa dalam jualan, dan kini beliau sudah mempunyai visi yang lebih besar – untuk mencapai sales setengah juta sebulan !
Kini, HK Dynamic Garage sedang melebarkan sayapnya untuk menakluki pasaran automotif, khususnya di Terengganu dan Pantai Timur Malaysia. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan tawaran terkini berkaitan pembaikan dan baik pulih gearbox, kisah dan pengalaman, mahupun perkongsian ilmu automotif yang menarik berkaitan HK Dynamic Garage, boleh layari Pakar Gearbox Terengganu

Bagaimana Anda Boleh Mengikuti Jejak Kejayaan Tuan Fakhrul?
Jika anda juga seorang pemilik bengkel yang ingin meningkatkan kemahiran dan melonjakkan jualan bengkel anda, Pendaftaran Kursus Overhaul dan Baik Pulih Gearbox JV Auto Lube masih dibuka. Jangan lepaskan peluang untuk belajar dari yang terbaik dan menambah nilai kepada perniagaan anda!
Daftar sekarang di pautan berikut:
👉Pakar Gearbox JV Auto Lube
Selain itu, anda juga boleh berhubung terus dengan HK Dynamic Garage jika anda berada di Terengganu dan memerlukan servis atau pembaikan gearbox:
👉Whatsapp HK Dynamic Garage
Kejayaan anda pemilik bengkel, sedang menanti !
Kisah Tuan Fakhrul adalah inspirasi kepada pemilik bengkel di seluruh negara. Dengan komitmen yang betul dan pelaburan dalam kemahiran baru, beliau telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil dalam dunia perniagaan. Sertai kursus ini sekarang di sini Pakar Gearbox JV Auto Lube dan mulakan perjalanan anda ke arah kejayaan yang lebih besar ! Semoga kejayaan sentiasa mengiringi anda !
Sekian dari saya Anuar Razali, Assalamualaikum. Layann !!!