ST Autoworks Puncak Alam: Pusat Servis Auto Pilihan & Pakar Gearbox Anda!

Jika anda berada di sekitar Puncak Alam dan sedang mencari pusat servis kenderaan yang boleh dipercayai, ST Autoworks (Pakar Gearbox Puncak Alam) adalah jawapannya. Sebagai salah satu Petronas AutoExpert Dealer dan Pengedar Sah JV Auto Lube, ST Autoworks menawarkan pelbagai perkhidmatan kenderaan yang berkualiti tinggi dan mengutamakan kepuasan pelanggan.

Apa yang ST Autoworks Tawarkan?

ST Autoworks Puncak Alam bukan sekadar pusat servis biasa. Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan dari penukaran alat suspensi, pembaikan bateri kereta, diagnostik kenderaan, hinggalah ke pembaikan gearbox. Dengan pengalaman dan kepakaran mereka, anda boleh yakin bahawa kenderaan anda berada di tangan yang selamat.

Tambahan pula, sebagai pengedar sah JV Auto Lube, ST Autoworks memastikan setiap minyak pelincir yang digunakan adalah produk asli dan berkualiti tinggi, memastikan prestasi enjin kereta anda sentiasa pada tahap optimum.

Tingkatkan Kepakaran Gearbox Bersama JV Auto Lube

Untuk memastikan ST Autoworks terus berada di hadapan dalam bidang pembaikan gearbox, mereka secara berkala menghadiri sesi latihan di Ibu Pejabat JV Auto Lube di Shah Alam. Di sana, mereka menambah ilmu dan kemahiran teknikal terkini mengenai baik pulih gearbox dan overhaul, memastikan perkhidmatan yang mereka tawarkan sentiasa dikemaskini dan berkualiti tinggi seiring dengan perkembangan teknologi di dalam dunia automotif

Latihan ini sangat penting kerana membaiki gearbox memerlukan kepakaran khusus. Dengan pengetahuan tambahan ini, ST Autoworks bukan sahaja dapat memberikan servis terbaik, malah mereka mampu menyelesaikan masalah gearbox yang lebih rumit dengan lebih cekap.

Servis Kenderaan dan Menang Hadiah Hebat !

Jika anda masih belum mengetahui tentang Peraduan ‘Servis & Menang’ oleh PETRONAS AutoExpert, inilah peluang terbaik anda! Dari 1 September hingga 31 Oktober 2024, setiap pembelian atau servis yang bernilai lebih RM1 di ST Autoworks Puncak Alam melayakkan anda untuk menyertai peraduan ini. Antara hadiah menarik yang ditawarkan termasuk:

TV Panasonic 75” Android 4K

iPhone 15 Pro Max 256GB

iPad Air WiFi 256GB

Baucar Servis RM200

Kredit Tunai RM50 melalui e-wallet

Lebih menarik lagi, jika anda membuat tempahan temujanji melalui aplikasi Setel, anda akan mendapat 100 entri tambahan untuk peraduan ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk servis kenderaan anda di ST Autoworks sambil berpeluang membawa pulang hadiah lumayan!

Hubungi ST Autoworks Puncak Alam SEKARANG !!!

Jika anda berada di sekitar Puncak Alam, Kuala Selangor, Meru dan sekitarnya yang berminat untuk menempah slot servis atau mendapatkan khidmat nasihat teknikal mengenai gearbox, hubungi ST Autoworks Puncak Alam melalui WhatsApp ini. Mereka sedia membantu anda dengan apa jua keperluan kenderaan anda.

Jangan tunggu lagi! Pastikan kenderaan anda diservis oleh pakar dan berpeluang memenangi hadiah hebat dan menarik bersama ST Autoworks Puncak Alam dan PETRONAS AutoExpert. Layan !!!

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Subscribe Newsletter

Sign up our newsletter to get update information, news and free insight.

Scroll to Top